KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD

Pejabat Utama
logo
  • +603 - 2692 9511

  • info@kobeta.com.my

  • Kobeta Business Suite

  • No. 27, Jalan Medan Tuanku

  • 08:30 - 17:30

  • Isnin hingga Jumaat

Brochures

Ipsap lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam.

Download Brochures

Villa Wedding @ Lake View Villa

Lake View Villa @ Titiwangsa dahulunya dikenali sebagai Villa Ukhwah. Sebuah villa berkeluasan 17,940.83 kaki persegi yang terletak di tengah-tengah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Lokasi yang strategik bersebelahan Taman Tasik Titiwangsa dan kurang dari 1KM dari stesen LRT dan Monorel Titiwangsa.

Villa Wedding menawarkan ruang acara yang pelbagai bergantung kepada penganjuran majlis. Majlis latihan korporat dan seminar yang melibatkan jumlah yang kecil sehingga besar, acara tahunan keluarga, pelancaran produk, berbuka puasa, rumah terbuka hari raya dan perkahwinan. Seminar Korporat menawarkan harga yang berpatutan untuk penganjur lengkap bersama kit seminar dan refreshment. Majlis perkahwinan merupakan majlis dimana para tetamu boleh berkumpul dan menikmati suasana acara tradisi perkahwinan. Pakej perkahwinan kami termasuk bermalam selama 3 malam sepanjang majlis berlangsung. Ianya memudahkan bagi pihak keluarga dan saudara mara kerana tidak perlu memikirkan untuk mencari tempat penginapan yang lain. Ahli keluarga juga boleh meluangkan masa bersama sebelum dan selepas majlis berlangsung dengan selesa kerana penginapan kami turut dilengkapi dengan penghawa dingin sepenuhnya disamping kolam renang untuk ahli keluarga beriadah bersama.

Pakej perkahwinan adalah tawaran utama kami kepada anda. Pakej lengkap perkahwinan bermula dengan harga RM59.90/pax ini termasuk menyediakan hidangan sarapan pagi, makan malam atau makan tengahari dan makan semasa majlis kenduri perkahwinan. Pakej ini juga menyediakan perkhidmatan pelamin eksklusif, katering, dan fotografi serta khidmat anggota RELA pada hari majlis berlangsung.

image
  • Keistimewaan
      • Ruang acara yang luas dan berbumbung
      • Mewah namun dengan harga yang berpatutan
      • Satu-satunya villa yang mempunyai 8 bilik tidur dan kolam renang di Kuala Lumpur
      • Pakej lengkap perkahwinan termasuk katering, fotografi dan PA sistem
      • Ruang makan yang boleh memuatkan 300 orang pada suatu masa
      • Meja banquet yang besar dan kerusi chiavari
      • Food tasting disediakan untuk maksima 10 orang
  • Pakej Yang Ditawarkan
      • Pakej Platinum - RM59.90/pax (1000pax)
      • Pakej Gold - RM59.90/pax (800pax)
      • Pakej Silver - RM59.90/pax (600pax)
      • Pakej Deluxe (Villa 8 Bilik) - RM9.950.00

      Untuk maklumat lanjut layari : www.villawedding.com.my