KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD

Pejabat Utama
logo
  • +603 - 2692 9511

  • info@kobeta.com.my

  • Kobeta Business Suite

  • No. 27, Jalan Medan Tuanku

  • 08:30 - 17:30

  • Isnin hingga Jumaat

Program Minggu Keusahawanan Koperasi Wilayah Persekutuan 2010

April 7, 2010

Program Minggu Keusahawanan Koperasi peringkat Wilayah Persekutuan anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah diadakan di Lorong Medan Tuanku 1, Medan Tuanku. Program yang berlangsung selama 2 hari bermula dari 6 April hingga 7 April 2010 dan di sertai kira-kira 80 buah Koperasi serta penjaja dari seluruh Kuala Lumpur. Turut menyertai dalam pameran ini adalah Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (KOBETA). Ini adalah merupakan kali pertama KOBETA menyertai program pameran seperti ini. Dengan adanya pemeran seperti ini dapat memberi peluang dalam mewujudkan kerjasama antara koperasi.

Pada pameran kali ini, Koperasi KOBETA telah mempromosikan produk keluarannya seperti kemudahan pembiayaan peribadi kepada kakitangan kerajaan. Selain itu KOBETA juga memperkenalkan produk terbaru iaitu ‘KOBETA Family’. ‘Kobeta Family’ merupakan salah satu kelebihan yang disediakan kepada orang ramai yang menjadi anggota KOBETA. Di dalam kemudahan ‘KOBETA Family’ ini terdapat berbagai-bagai kelebihan yang di sediakan Koperasi KOBETA untuk di nikmati oleh anggotanya seperti kebajikan, dermasiswa, penginapan, pakej umrah & ziarah, perkhidmatan bantuan kecemasan ‘COOPAssist’, dan pusat perubatan. kemudahan-kemudahan ini disediakan sebagai tanda penghargaan Koperasi KOBETA kepada angota-anggotanya.

Berbagai-bagai acara telah diadakan sempena program keusahawanan yang berlangsung selama dua hari ini. Dianggarkan kira-kira 8000 orang yang datang mengunjungi program ini sepanjang ianya berlangsung.

Majlis Perasmian Minggu Koperasi 2010

Perasmian COOP Medical Centre (CMC) @ Minggu Koperasi 2010

Galeri KOBETA @ Minggu Koperasi 2010