KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD

Pejabat Utama
logo
  • +603 - 2692 9511

  • info@kobeta.com.my

  • Kobeta Business Suite

  • No. 27, Jalan Medan Tuanku

  • 08:30 - 17:30

  • Isnin hingga Jumaat

Program Gotong Royong Perdana

April 16, 2011

Kumpulan Koperasi @ Medan Tuanku telah menganjurkan majlis Gotong-royong Perdana pada 16 April 2011 (Sabtu) yang lalu. Majlis gotong-royong ini diadakan adalah bertujuan untuk membersihkan kawasan sekitar Medan Tuanku ini.

Majlis yang bermula seawal jam 7 pagi itu telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dr. Sallehudin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kira-kira 250 orang yang telah terlibat dalam majlis gotong-royong ini yang terdiri dari kakitangan kumpulan koperasi serta wakil dari premis di sekitar Medan Tuanku seperti KYM Holding, Maybank dan lain-lain lagi. Majlis ini juga turut melibatkan anggota dari badan-badan kerajaan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Alam Flora.

Selain dari aktiviti gotong-royong, majlis turut diserikan dengan acara cabutan bertuah. Kira-kira 45 buah hadiah berupa hamper, voucer penginapan dan sebagainya. Hadiah-hadiah ini telah disumbangkan oleh pihak KOBETA, UKHWAH, KOPUTRI, Noble Signet, Maybank dan Prescot Inn. Selain itu, pihak KYM Holding juga telah menaja baju untuk peserta gotong-royong ini. Majlis tamat kira-kira jam 11 pagi.