KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD

Pejabat Utama
logo
  • +603 - 2692 9511

  • info@kobeta.com.my

  • Kobeta Business Suite

  • No. 27, Jalan Medan Tuanku

  • 08:30 - 17:30

  • Isnin hingga Jumaat

Hari Keluarga Kumpulan Coop

Julai 12, 2012

Hari keluarga Kumpulan COOP @ Medan Tuanku telah berlangsung selama 4 hari bermula dari 12 Julai hingga 15 Julai 2012. Beberapa acara telah dipertandingkan seperti bowling, futsal, badminton dan acara sukaneka. Kumpulan Koperasi @ Medan Tuanku yang terdiri dari Koperasi Ukhwah, Kobeta dan Koputri telah menganjurkan program hari keluarga dengan beberapa aktiviti sukan untuk disertai oleh semua kakitangan koperasi.

Bukan hanya kakitangan malah ahli keluarga kakitangan juga turut terlibat dalam menjayakan program ini. Malah pihak koperasi juga turut menjemput beberapa buah syarikat yang bekerjasama dengan koperasi untuk memeriahkan lagi program ini. Beberapa acara sukan telah disediakan seperti Bowling yang diadakan di Pasific Bowl, Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, pertandingan Futsal di Centre Mart Futsal, Setapak serta badminton dan sukaneka telah diadakan di Dewan Serbaguna Taman Melati Impian, Taman Melati. Manakala acara penutup program Hari keluarga ini telah diadakan majlis makan malam di Corus Hotel, Jalan Ampang.

Tujuan program hari keluarga ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim diantara kakitangan koperasi dan keluarga serta menambahkan lagi kemesraan sesama kakitangan.